Netherlands telah menyamai rekod kemenangan berturut-turut dalam World Cup sebanyak 4 perlawanan. Netherlands belum pernah memenangi 5 perlawanan berturut-turut dalam World Cup.
Pertembungan perlawanan akhir kali ini adalah yang pertama kali tanpa Argentina, Brazil, Italy ataupun German.
13 gol yang dijaringkan oleh German dihasilkan dari 6 pemain. Lain pula dengan Spain. 6 gol yang dijaringkan adalah dari 2 pemain.
Villa hanya berjaya menjaringkan gol untuk 4 perlawanan berturut-turut dalam World Cup. Rekod terbanyak adalah sebanyak 6 gol dalam 6 perlawanan berturut-turut.
Joan Capdevila, Gerard Pique dan Iker Casillas telah bermain pada setiap minit dalam World Cup kali ini untuk Spain.
Sebelum ini, Spain mengekalkan rekod bersih dalam sepakan penalti. Untuk World Cup kali ini, Spain telah gagal menjaringkan 2 gol penalti yang diambil oleh David Villa dan Xavi Alonso.
Hanya 1 gol diperlukan Miroslav Klose untuk menyamai jaringan terbanyak sepanjang masa World Cup yang dipegang oleh Ronaldo (Brazil) dengan 15 gol.
Perlawanan menentang Uruguay untuk tempat ketiga/keempat adalah perlawanan ke-100 German dalam World Cup. German sekarang memegang rekod paling banyak beraksi dalam World Cup, memintas tempat kedua dengan 98 perlawanan yang dipegang Brazil.
German adalah pemegang rekod terbanyak memenangi tempat ke-3 dalam World Cup. Perlawanan menentang Uruguay adalah penampilan ke-5 German untuk tempat ketiga/keempat.
Uruguay masih belum pernah mengalahkan pasukan dari Eropah dalam 14 perlawanan sebelum ini.
German telah memenangi 8 perlawanan sebelum ini menentang Uruguay. German mengekalkan keputusan tanpa bolos sebanyak 5 kali.
Kali terakhir Uruguay muncul dalam perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat adalah pada 1970 di Mexico. Pasukan lawan ketika itu adalah German FR.
Gol yang dijaringkan oleh Robinho seawal minit ke 10 ketika menentang Netherlands adalah gol pertama yang dibolosi Netherlands dalam World Cup dalam “open play”. 2 gol yang dibolosi Netherlands sebelum ini adalah dari sepakan penalti.
Ghana adalah pasukan ke-3 dari Africa yang berjaya sampai ke pusingan suku akhir. Tiada lagi pasukan dari Africa yang berjaya sampai ke pusingan separuh akhir.
Masih belum ada pasukan dari Africa yang berjaya memenangi perlawanan pusingan kalah mati dalam masa 90 minit.
Asamoah Gyan telah menjaringkan 4 gol dalam World Cup kali ini. Hanya ada satu pemain yang berjaya menjaringkan 5 gol dalam satu World Cup untuk Ghana iaitu Roger Milla.
Gonzalo Higuain juga telah menjaringkan 4 gol dalam World Cup kali ini. Penjaring terbanyak sepanjang masa Argentina adalah Guillermo Stabile dengan 8 gol.
Jaringan Lukas Podolski sewaktu menentang England menandakan bahawa Podolski telah menjaringkan 40 gol untuk German dan ianya lebih dari jaringan yang dijaringkan sewaktu bermain dengan kelabnya di Bundesliga dengan 39 gol.
Paraguay telah membuat satu rekod baru apabila buat pertama kali layak ke pusingan suku akhir World Cup.
Dengan 14 gol, Miroslav Klose hanya tinggal 1 gol lagi untuk menyamai penjaring terbanyak sepanjang masa German, Hector Scarone dengan 31 gol.
Netherlands masih lagi belum kalah dalam World Cup 2010. Mereka menang semua perlawanan sehingga berjaya sampai ke pusingan akhir.
Robin van Persie telah diganti (subtitutions) dalam setiap semua perlawanan di World Cup 2010 iaitu sebanyak 5 kali. Rekod terbanyak diganti sewaktu permainan di World Cup adalah 6.
Pertembungan German-Spain menampilkan 2 penyerang paling berbahaya di Eropah, Miroslav Klose dengan 16 gol dan David Villa dengan 12 gol. (dalam major tournament)
Dengan 4 gol, Wesley Sneijder adalah penjaring terbanyak Netherlands setakat ini dalam World Cup 2010.
Mexico telah terkeluar dari pusingan kalah mati (Round 16) untuk kali ke 5 World Cup berturut-turut.
5 daripada 8 pusingan kalah mati Argentina berakhir dengan masa tambahan. 4 daripada 5 masa tambahan itu pula berakhir dengan sepakan penalti.
Robert Vittek telah menjaringkan 3 gol daripada 4 gol yang dihasilkan Slovakia di World Cup 2010. Robert Vittek mengikuti Szilard Nemeth sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa Slovakia dengan 22 gol.
Netherlands tidak pernah gagal menjaringkan gol penalti dalam 90 minit permainan biasa. Sebagai rekod, Netherlands menjaringkan 8 gol untuk 8 penalti.
Dirk Kuyt telah beraksi sebanyak 31 kali untuk Netherlands. Dirk Kuyt telah menjaringkan 1 gol di World Cup 2010.
Netherlands telah menang 7 perlawanan terakhir World Cup mereka apabila menjaringkan gol pendahuluan. Sebagai rekod, mereka tidak pernah kalah dalam 14 perlawanan terakhir mereka apabila menjaringkan gol pertama permainan.
2 daripada 3 gol Chile dijaringkan oleh pemain gantian.
Untuk World Cup kali ini, Japan telah menurunkan sebelas pemain yang sama untuk semua perlawanan peringkat kumpulan. Shinji Okazaki pula bermain sebanyak 3 kali sebagai pemain gantian dalam permainan tersebut.
Sebagai rekod, Spain dan Portugal telah bertemu sebanyak 33 kali dengan kemenangan berpihak kepada Spain sebanyak 14 kali, Portugal 7 kali, dan seri 12 kali.
Perlawanan menentang Portugal adalah perlawanan ke 51 Iker Casillas sebagai kapten pasukan. Ini adalah rekod baru untuk Spain.
Chile hanya menang 7 daripada 66 perlawanan apabila bertemu dengan Brazil.
Sehingga kini (Selepas Round 16), penjaring terbanyak kejohanan dikongsi oleh tiga pemain iaitu, David Villa (Spain), Gonzalo Higuain (Argentina) dan Robert Vittek (Slovakia) dengan 4 gol.
Kali terakhir Italy gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati adalah pada 1974.
Netherlands meneruskan rekod tanpa kalah mereka dengan jumlah 22 perlawanan.
Hugo Almeida adalah penjaring terbanyak Portugal pada tahun ini dengan 4 gol.
Portugal sekarang masih dalam rekod 19 perlawanan tanpa kalah. Sama seperti yang dilakukan mereka pada Mac 2005 hingga Julai 2006.
Dengan 5 gol, David Villa mengikuti Raúl, Emilio Butragueño, Fernando Morientes & Fernando Hierro untuk penjaring terbanyak sepanjang masa Spain untuk World Cup.
Robinho adalah penjaring terbanyak Brazil untuk tahun ini dengan 4 gol. Tetapi masih gagal menjaringkan gol untuk World Cup 2010 ini sama seperti Wayne Rooney dan Lionel Messi.
6 pemain berbeza dari Portugal telah menjaringkan gol dalam World Cup 2010. Rekod bilangan pemain yang menjaringkan gol untuk satu pasukan adalah 10 pemain dan ianya dipegang oleh France pada 1982 dan Italy pada 2006.
Honduras adalah satu satu nya pasukan yang gagal mendapat sebarang mata dan gol dalam World Cup 2010.
Bolos dengan South Korea adalah jaringan pertama yang dilepaskan oleh Uruguay.
Park Chu Young & Park Ji Sung masing masing telah menjaringkan 1 gol tetapi jaringan terbanyak South Korea dipegang oleh pemain pertahan, Lee Jung Soo dengan 2 gol.
Pertemuan kalah mati (Last 16) dengan South Korea adalah yang pertama kali buat Uruguay dalam tempoh 20 tahun. Uruguay tidak pernah layak ke suku akhir sejak 40 tahun dahulu.
Ghana adalah satu satu nya pasukan dari Africa yang layak ke pusingan kalah mati. Sama seperti yang dilakukan mereka pada World Cup 2006 di German.
South Africa adalah satu-satunya pasukan tuan rumah dalam sejarah World Cup yang gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Kali terakhir pasukan tempat kedua (runners-up) World Cup tersingkir sewaktu peringkat kumpulan adalah pada 1974 apabila Italy (runners-up World Cup 1970) tersingkir pada peringkat kumpulan.
Argentina & Greece pernah bertemu sebelum ini pada World Cup USA 1994. Argentina menang dengan keputusan 4 - 0 di mana gol ketiga Argentina dijaringkan oleh Diego Maradona dan itu adalah gol terakhirnya pada peringkat antarabangsa.
Park Ji-Sung dan Ahn Jung-Hwan adalah penjaring terbanyak sepanjang masa South Korea dalam World Cup dengan masing-masing menjaringkan 3 gol.
Kemenangan Argentina ke atas Greece adalah kemenangan ke 8 berturut-turut Argentina. Rekod kemenangan berturut-turut Argentina adalah sebanyak 9 kali pada 1941-1942.
Nigeria telah kalah 2 kali dalam World Cup Kali ini. Tiada pasukan dalam sejarah World Cup yang berjaya layak ke peringkat kalah mati dengan keputusan kalah lebih dari sekali dalam peringkat kumpulan.
Perlawanan terakhir Greece bertemu Argentina adalah perlawanan yang ke-6 Greece gagal mencipta clean sheet untuk tahun 2010.
Untuk skuad Argentina kali ini, Messi adalah penjaring terbanyak dengan 13 gol, tetapi dia hanya menjaringkan 1 gol dalam 12 perlawanan sebelum ini.
Jika England gagal mengalahkan Slovenia, bermakna ini adalah kali kedua England (dalam 13 penampilan di World Cup) gagal mencatat keputusan menang dalam mana-mana perlawanan peringkat kumpulan. Nasib baik menang.
Semua 5 gol terakhir England di World Cup sebelum perlawanan menentang Slovenia telah dijaringkan oleh pemain tengah (midfielder). Kali terakhir penyerang (forward) England menjaringkan gol adalah pada World Cup 2006 German yang dijaringkan oleh Peter Crouch.
Sejak World Cup 1950, USA tidak pernah menang perlawanan ketiga dalam peringkat kumpulan. Kemenangan ke atas Algeria mengakhiri rekod itu.
Sebelum perlawanan menentang Algeria, USA mengharungi 6 perlawanan tanpa menang dalam World Cup dan ini adalah rekod tertinggi untuk USA.
Kali terakhir Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk Portugal adalah pada awal tahun 2009. 11 perlawanan tanpa gol adalah rekod tertinggi Ronaldo sejak mula bermain untuk Portugal.
Di bawah pengurusan Carlos Queiros, Portugal berjaya mengharungi perlawanan dengan 18 clean sheet dalam 23 perlawanan.
North Korea (DPR) adalah negara yang paling rendah ranking dalam World Cup 2010 di tangga ke 105 FIFA.
Portugal berada di tangga ke 3 dalam ranking FIFA. Ini adalah ranking tertinggi yang pernah dicapai Portugal.
Kemenangan Chile sewaktu perlawanan pembukaan mengakhiri rekod Chile dengan 13 perlawanan tanpa menang di World Cup. Ini adalah rekod paling lama dalam World Cup ketika ini.
Switzerland telah berjaya mencatat clean sheet sebanyak 5 kali berturut turut menyamai rekod sepanjang masa yang di pegang Italy pada 1990.
Kemenangan besar Portugal ke atas North Korea (DPR) adalah kemenangan terbesar yang pernah dimenangi Portugal dalam sejarah.
Dengan 56 gol, Carlos Alberto Pavon adalah pemain yang paling banyak menjaringkan gol untuk Honduras. Tiada pemain di World Cup 2010 yang melebihi jaringan Pavon untuk negara sendiri.
Untuk skuad Spain kali ini, hanya Fernando Torres (3), David Villa (3) dan Xabi Alonso (1) yang berjaya menjaringkan gol di World Cup sebelum ini.
Gol pertama Spain sewaktu World Cup 2006 dijaringkan oleh Xavi Alonso. Tiada pemain yang pernah menjaringkan gol pertama Spain untuk 2 World Cup yang berbeza.
Kekalahan France ke atas South Africa adalah kekalahan ketiga France apabila bertemu dengan tuan rumah. Sebelum ini mereka kalah dengan England 2-0 (1966) dan Argentina 2-1 (1978).
Sebastien Abreu & Diego Forlan masing masing telah menjaringkan 26 gol untuk Uruguay. Penjaring terbanyak Uruguay adalah Hector Scarone dengan 31 gol.