Gol yang dijaringkan oleh Robinho seawal minit ke 10 ketika menentang Netherlands adalah gol pertama yang dibolosi Netherlands dalam World Cup dalam “open play”. 2 gol yang dibolosi Netherlands sebelum ini adalah dari sepakan penalti.
Ghana adalah pasukan ke-3 dari Africa yang berjaya sampai ke pusingan suku akhir. Tiada lagi pasukan dari Africa yang berjaya sampai ke pusingan separuh akhir.
Masih belum ada pasukan dari Africa yang berjaya memenangi perlawanan pusingan kalah mati dalam masa 90 minit.
Asamoah Gyan telah menjaringkan 4 gol dalam World Cup kali ini. Hanya ada satu pemain yang berjaya menjaringkan 5 gol dalam satu World Cup untuk Ghana iaitu Roger Milla.
Gonzalo Higuain juga telah menjaringkan 4 gol dalam World Cup kali ini. Penjaring terbanyak sepanjang masa Argentina adalah Guillermo Stabile dengan 8 gol.
Jaringan Lukas Podolski sewaktu menentang England menandakan bahawa Podolski telah menjaringkan 40 gol untuk German dan ianya lebih dari jaringan yang dijaringkan sewaktu bermain dengan kelabnya di Bundesliga dengan 39 gol.
Paraguay telah membuat satu rekod baru apabila buat pertama kali layak ke pusingan suku akhir World Cup.
Dengan 14 gol, Miroslav Klose hanya tinggal 1 gol lagi untuk menyamai penjaring terbanyak sepanjang masa German, Hector Scarone dengan 31 gol.
Netherlands masih lagi belum kalah dalam World Cup 2010. Mereka menang semua perlawanan sehingga berjaya sampai ke pusingan akhir.
Robin van Persie telah diganti (subtitutions) dalam setiap semua perlawanan di World Cup 2010 iaitu sebanyak 5 kali. Rekod terbanyak diganti sewaktu permainan di World Cup adalah 6.
Pertembungan German-Spain menampilkan 2 penyerang paling berbahaya di Eropah, Miroslav Klose dengan 16 gol dan David Villa dengan 12 gol. (dalam major tournament)
Dengan 4 gol, Wesley Sneijder adalah penjaring terbanyak Netherlands setakat ini dalam World Cup 2010.