Tutorials

Facebook Like Button
for tumblr & blogger
Facebook Activity Feed
for tumblr & blogger
Facebook Share Button
for blogger
ReTweet Button
for blogger
Tags List
for tumblr
Read More Break
for tumblr

Popular Posts
Recent Comments
Iklan Iklan










  1. Mexico telah terkeluar dari pusingan kalah mati (Round 16) untuk kali ke 5 World Cup berturut-turut.
  2. 5 daripada 8 pusingan kalah mati Argentina berakhir dengan masa tambahan. 4 daripada 5 masa tambahan itu pula berakhir dengan sepakan penalti.
  3. Robert Vittek telah menjaringkan 3 gol daripada 4 gol yang dihasilkan Slovakia di World Cup 2010. Robert Vittek mengikuti Szilard Nemeth sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa Slovakia dengan 22 gol.
  4. Netherlands tidak pernah gagal menjaringkan gol penalti dalam 90 minit permainan biasa. Sebagai rekod, Netherlands menjaringkan 8 gol untuk 8 penalti.
  5. Dirk Kuyt telah beraksi sebanyak 31 kali untuk Netherlands. Dirk Kuyt telah menjaringkan 1 gol di World Cup 2010.
  6. Netherlands telah menang 7 perlawanan terakhir World Cup mereka apabila menjaringkan gol pendahuluan. Sebagai rekod, mereka tidak pernah kalah dalam 14 perlawanan terakhir mereka apabila menjaringkan gol pertama permainan.
  7. 2 daripada 3 gol Chile dijaringkan oleh pemain gantian.
  8. Untuk World Cup kali ini, Japan telah menurunkan sebelas pemain yang sama untuk semua perlawanan peringkat kumpulan. Shinji Okazaki pula bermain sebanyak 3 kali sebagai pemain gantian dalam permainan tersebut.
  9. Sebagai rekod, Spain dan Portugal telah bertemu sebanyak 33 kali dengan kemenangan berpihak kepada Spain sebanyak 14 kali, Portugal 7 kali, dan seri 12 kali.
  10. Perlawanan menentang Portugal adalah perlawanan ke 51 Iker Casillas sebagai kapten pasukan. Ini adalah rekod baru untuk Spain.
  11. Chile hanya menang 7 daripada 66 perlawanan apabila bertemu dengan Brazil.
  12. Sehingga kini (Selepas Round 16), penjaring terbanyak kejohanan dikongsi oleh tiga pemain iaitu, David Villa (Spain), Gonzalo Higuain (Argentina) dan Robert Vittek (Slovakia) dengan 4 gol.

Share
 
 Categories: