Kali terakhir Italy gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati adalah pada 1974.
Netherlands meneruskan rekod tanpa kalah mereka dengan jumlah 22 perlawanan.
Hugo Almeida adalah penjaring terbanyak Portugal pada tahun ini dengan 4 gol.
Portugal sekarang masih dalam rekod 19 perlawanan tanpa kalah. Sama seperti yang dilakukan mereka pada Mac 2005 hingga Julai 2006.
Dengan 5 gol, David Villa mengikuti Raúl, Emilio Butragueño, Fernando Morientes & Fernando Hierro untuk penjaring terbanyak sepanjang masa Spain untuk World Cup.
Robinho adalah penjaring terbanyak Brazil untuk tahun ini dengan 4 gol. Tetapi masih gagal menjaringkan gol untuk World Cup 2010 ini sama seperti Wayne Rooney dan Lionel Messi.
6 pemain berbeza dari Portugal telah menjaringkan gol dalam World Cup 2010. Rekod bilangan pemain yang menjaringkan gol untuk satu pasukan adalah 10 pemain dan ianya dipegang oleh France pada 1982 dan Italy pada 2006.
Honduras adalah satu satu nya pasukan yang gagal mendapat sebarang mata dan gol dalam World Cup 2010.
Bolos dengan South Korea adalah jaringan pertama yang dilepaskan oleh Uruguay.
Park Chu Young & Park Ji Sung masing masing telah menjaringkan 1 gol tetapi jaringan terbanyak South Korea dipegang oleh pemain pertahan, Lee Jung Soo dengan 2 gol.
Pertemuan kalah mati (Last 16) dengan South Korea adalah yang pertama kali buat Uruguay dalam tempoh 20 tahun. Uruguay tidak pernah layak ke suku akhir sejak 40 tahun dahulu.
Ghana adalah satu satu nya pasukan dari Africa yang layak ke pusingan kalah mati. Sama seperti yang dilakukan mereka pada World Cup 2006 di German.