Jepun mempunyai 4 penjaring terbanyak dalam pusingan kelayakan. Shunsuke Nakamura, Yuji Nakazawa, Yasuhito Endo & Marcus Tulio Tanaka. Masing masing menjaringkan 3 gol.
Perancang utama, pakar sepakan percuma dan penjaring terbanyak Jepun,Shunsuke Nakamura adalah icon penting untuk Jepun.
Roque Santa Cruz, Oscar Cardozo & Nelson Haedo Valdez adalah pemain utama Paraguay di bahagian serangan. Ketiga tiga pemain ini bermain semasa World Cup 2006 di German.
Alberto Gilardino adalah penjaring terbanyak Italy sepanjang pusingan kelayakan. Kesemua jaringannya (4 gol) adalah pada 15 minit terakhir.
Italy telah kalah 3 kali, seri 4 kali dan menang 9 kali dalam 16 perlawanan pembukaan. Tetapi Italy masih belum berjaya memenangi sebarang perlawanan sepanjang 2010 ini.
Paraguay hanya ada seorang pemain yang berjaya mendapat caps lebih dari 100 iaitu Roberto Gamarra. Yang kedua tertinggi setakat ini adalah 98, Caniza.
Jurulatih Italy, Marcello Lippi memanggil 15 pemain daripada skuad yang memenangi World Cup pada 2006 di German sepanjang kempen kelayakan.
Italy (1950), Argentina (1982,1990) dan France (2002) adalah juara-juara dunia yang kalah pada perlawanan pembukaan World Cup seterusnya.
Lucas Barrios telah menjaringkan gol untuk setiap 3 perlawanan terakhir Paraguay dan itu sahajalah tiga perlawanan yang dia main untuk Paraguay.
Petukaran penjaga gol dalam perlawanan Italy baru baru ini adalah yang pertama kali dalam sejarah World Cup buat Italy.
Dirk Kuyt telah berjaya menjaringkan gol luar dari negaranya, Netherlands setelah 2 tahun buntu. Kali terakhir pada EURO 2008.
8 daripada 15 gol yang dihasilkan oleh New Zealand datang dari penyerang mereka, Shane Smeltz dan kesemuanya dijaringkan pada 5 perlawanan pertama New Zealand semasa kempen kelayakan.